Monday, December 7, 2009

Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran merupakan suatu program untuk memenuhi keperluan murid-murid khas seperti murid lembam, autistik, disleksia, hiperaktif dan sebagainya. Ia dirancang berdasarkan falsafah Pendidikan Khas yang berikut:
“Suatu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman,berdikari,mampu merancang dan mengurus serta menyedari potensi diri sebagai individu dan ahli masyarakat selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan”
Menurut Chua (1992), Pendidikan Khas ialah suatu program pendidikan yang dirancang khusus untuk pelajar berkeperluan khas dari segi intelek,emosi,sosial,fizikal yang tidak berkembang secara normal hinggakan mereka tidak mendapat sebarang faedah daripada pendidikan biasa. Kanak-kanak khas pula merupakan kanak-kanak yang keupayaannya terbatas bagi memperoleh keperluan biasa untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal atau mentalnya.
Perkembangan Pendidikan Khas:
Tokoh Tarikh Negara Sumbangan
Jean Marcgaspard 1775-1838 Perancis Mengajar murid terencat akal
Samuel G.Howe 1801-1876 Amerika Syarikat Pelajar cacat boleh diajar melalui pendidikan tersusun
Edward Seguin 1812-1889 Perancis Latihan deriamotor untuk pelajar terencat akal
Alfred Binet 1857-1991 Perancis Kecerdasan pelajar boleh diukur melalui pembelajaran
Louis Braille 1809-1852 Perancis Pelajar buta boleh diajar melalui titik-titik timbul.

Jenis-jenis pelajar bermasalah pembelajaran ialah:
• Pintar cerdas
• Sindrom down
• Slow learner
• Hipoaktif
• Hiperaktif
• Gangguan emosi
• Cerebral palsy
• Terencat akal
• Autistik
Malaysia melaksanakan program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran menerusi 3 cara:
1. Pendidikan inklusif
2. Percantuman di sekolah biasa bagi murid khas
3. Sekolah Khas bagi murid buta,bisu dan pekak

Murid khas mungkin mengalami masalah dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Tambahan lagi, mereka juga mempunyai motivasi yang rendah untuk belajar. Oleh kerana itu, sebagai Guru Pendidikan Khas kita kena memberi arahan yang ringkas,jelas dan mudah difahami. Selain itu, guru juga perlu peka terhadap keperluan dan keterbatasan keupayaan murid. Maklumlah murid kita adalah “special”. Oleh kerana itu, apabila murid membaca dengan perlahan atau tidak dapat menjawab soalan yang diajukan guru harus membantu murid dengan pelbagai kaedah yang inovatif dan kreatif.
Isu semasa dalam Pendidikan Khas
BANGI: Gifted children in the country can now look forward to having their learning needs addressed in the country as the Government will channel more effort to meet their educational requirements.
Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said educational programmes, which emphasised “differentiated learning”, would be created to match the gifted students’ thinking, learning and reading capabilities.
“All this while, we have had an education system for regular students and special needs students with sight and hearing disabilities or who are autistic or have Down Syndrome.
“We have forgotten that we have a group of extraordinary students who possess cognitive intelligence and IQ. This group of extraordinary students would need a learning process that is unique or what we call differentiated learning,” he said in his speech after the groundbreaking ceremony of the National Permata Pintar complex in Universiti Kebangsaan Malaysia and the launching of the Permata Pintar Negara School Holidays Camp yesterday.
Najib said there was a need to create programmes for the exceptionally gifted children as there was currently a “vacuum”.
“It is time that Malaysia has such programmes for gifted students as developed and other developing countries already possess such programmes,” he said.
He explained that for every age group, between 3% to 5% of its students could be categorised as gifted.
“We are starting with 150 students early next year and this will increase to 300 students. This is only the tip of the iceberg.
“I am confident that the Pintar school and programme for early childhood education that we launched would bring a huge change to the self-identity of Malaysians. That is why I did not hesitate in giving my approval and allocation to this progamme,” he said.
He also credited his wife Datin Seri Rosmah Mansor for taking the initiative in starting the programme.
“Where credit is due, credit should be given and it should be given to my wife.
“She holds longer meetings than my Cabinet meetings. I don’t know what they discuss in their long meetings but it just shows how passionate she is about the programme,” he said.
(uploaded from www.thestar.com.my on 07/12/2009 at 10.20 a.m)
Kesimpulannya, semua guru berpeluang menyumbang kepada kemajuan anak bangsa tidak kira samaada mereka normal ataupun “khas”. Guru umpama lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Saya bersetuju dengan perumpamaan ini. Oleh kerana itu, kepada semua bakal pendidik termasuk saya, jadilah guru yang berdedikasi, beriman dan bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment