Wednesday, December 30, 2009

PENGKELASAN POPULASI KHAS DALAM PENDEKATAN KATEGORI

• Autism (developmental disorder)
• Cacat visual
• Cacat audio visual
• Cacat pendengaran atau pekak
• Rencat mental
• Kecacatan neurologi
• Trauma otak
• Cacat fisiologi/patologi
KATEGORI-KATEGORI KETIDAKUPAYAAN
Autism
• Ketidakupayaan aspek perkembangan kerana keluarbiasaan (disorder) yang berlaku di peringkat awal perkembangan otak (pada cerebellum)
• Keadaan ini menjejaskan kepada mekanisme penerimaan input sensori oleh deria
• Mengakibatkan masalah komunikasi, interaksi sosial dan perkembangan TL…

Ciri-ciri
• Perlakuan aktiviti yang berulang
• Pergerakan-pergerakan sterotaip
• Kesukaran beradaptasi dengan perubahan dalam persekitaran serta rutin hidup
• Adakalanya memberi respon unik terhadap pengalaman sensori
• Mempamerkan sifat kelainan (indifferented)
• Menyatakan keperluan dengan menggunakan pergerakan orang dewasa
• Ciri-ciri ekolatik (mengulangi kata-kata atau percakapan yang didengar)
• Ketawa berseorangan kebiasaannya dengan tidak mempunyai tujuan tertentu
• Tidak akan bersemuka (no eyes contact) sekiranya terlibat dengan perbualan
• Keterlibatan dengan rakan sebaya…
• Pada kebiasaannya, tidak akan bergaul dengan kanak-kanak yang lain
• Ada kebolehan unik bagi sesuatau perkara… biasanya perkara yang tidak melibatkan kefahaman sosial

• Boleh bercerita mengenai sesuatu perkara spesifik dengan berulang-ulang
• Mempamerkan TL luarbiasa (tidak mengambil peduli ..
• Kekurangan dari segi….
MAKLUMAT TAMBAHAN MENGENAI AUTISM

KAEDAH DIAGNOSIS AUTISM
• Mulanya tentukan tahap keupayaan kognitif individu (secara lisan dan bukan lisan)
• Tentukan tahap keupayaan berbahasa
• PertImbangkan samada TL kanak-kanak sesuai dengan umur kronologi, umur mental dan umur bahasa
• Jika dapatannya negatif, pertimbangkan masalah spesifik dalam kemahiran sosial

• Kenalpasti masalah “medical specific” jika ada
• Pertimbangkan lain-lain tekstur “psikososial” yang relevan
• Borang ICD – 10 DSM adalah alat diagnosis yang kerap digunakan oleh “American Psik…

Cacat visual: carta snellen
Buta: travel motion – persepsi cahaya – total blindness
Cacat audi visual: braille, “body braille”
Cacat pendengaran atau pekak: berinteraksi dengan menggunakan bahasa isyarat dan gerak bibir
Rencat mental:
Kecacatan neurologi
Spektrum dalam kes cerebral palsy: spastik -
Trauma otak: apraksia – sindrom Parkinson, alzheomer – barah
Cacat fisiologi/patologi
Fisiologi –sistem daalm tubuh
Patologi –

Sunday, December 27, 2009

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Nama Guru Pelatih:
Sekolah:.
Kelas: 5
Bilangan Murid: 9 (4P, 5L)
Tarikh: 07 Ogos 2009 Hari: Jumaat Masa: 8.00 – 8.30
Subjek: Kemahiran Hidup
Topik/Kemahiran: Memasak dengan kaedah yang betul – Makan tengah hari
Unsur terapi: Terapi carakerja
Objektif: Di akhir P & P, murid boleh:
• Menanak nasi, menggoreng sayur sawi dan menggoreng ikan bilis.

Hasil Pembelajaran: Murid akan memasak dengan kaedah yang betul

Nilai-nilai murni: Menjaga kebersihan

Langkah/Masa Aktiviti P & P Catatan
Set Induksi
(5 minit) Guru menunjukkan bahan masakan iaitu beras,sayur sawi,minyak masak,bawang putih,bawang merah,ikan bilis dan garam. Beras,sayur sawi,minyak masak,bawang putih,bawang merah,ikan bilis dan garam.
Langkah 1
(5 minit) Guru mengajar murid cara yang betul untuk menanak nasi Beras.periuk nasi
Langkah 2
(10 minit) Guru menunjukkan cara menggoreng sayur sawi. Murid lihat dan dengar. Sayur sawi,bawang putih,bawang merah,minyak masak dan garam.
Langkah 3
(5 minit) Guru menunjukkan cara menggoreng ikan bilis. Murid lihat dan dengar. Ikan bilis,garam,bawang putih,bawang merah.
Penutup
(5 minit) Murid membersihkan dapur dan alatan memasak.

Refleksi oleh Guru Pelatih:





Ulasan oleh Guru/Pensyarah Pembimbing:
............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Thursday, December 10, 2009

What is Autism?

Autism is a lifelong developmental disability that blocks the learning, language communication, emotional and social development of a child. It is a disorder with a wide range of symptoms sometimes so mild that a child can function in a regular classroom with special services and at other times so severe that a child is mute and institutionalised. Autism is a severely incapacitating life-long disability which typically manifests itself during the first 30 months of life.

Autism varies from child to child and time to time in severity and manner. Other common symptoms include sleeping, feeding and toileting problems, self-injurious behaviour, repetitive and self-stimulatory behaviour.

However, people with autism may have a wide range of intellectual ability. Often, they can show extraordinary abilities in mathematical or mechanical skills, or in music, rote, memory, etc.

Statistics show that one in every 150 children born today has a typical autism. The number of children with autism has increased by a staggering 30% over the last three years.

(source:http://www.nasom.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=52&Itemid=53&lang=en)

Monday, December 7, 2009

Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran merupakan suatu program untuk memenuhi keperluan murid-murid khas seperti murid lembam, autistik, disleksia, hiperaktif dan sebagainya. Ia dirancang berdasarkan falsafah Pendidikan Khas yang berikut:
“Suatu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman,berdikari,mampu merancang dan mengurus serta menyedari potensi diri sebagai individu dan ahli masyarakat selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan”
Menurut Chua (1992), Pendidikan Khas ialah suatu program pendidikan yang dirancang khusus untuk pelajar berkeperluan khas dari segi intelek,emosi,sosial,fizikal yang tidak berkembang secara normal hinggakan mereka tidak mendapat sebarang faedah daripada pendidikan biasa. Kanak-kanak khas pula merupakan kanak-kanak yang keupayaannya terbatas bagi memperoleh keperluan biasa untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal atau mentalnya.
Perkembangan Pendidikan Khas:
Tokoh Tarikh Negara Sumbangan
Jean Marcgaspard 1775-1838 Perancis Mengajar murid terencat akal
Samuel G.Howe 1801-1876 Amerika Syarikat Pelajar cacat boleh diajar melalui pendidikan tersusun
Edward Seguin 1812-1889 Perancis Latihan deriamotor untuk pelajar terencat akal
Alfred Binet 1857-1991 Perancis Kecerdasan pelajar boleh diukur melalui pembelajaran
Louis Braille 1809-1852 Perancis Pelajar buta boleh diajar melalui titik-titik timbul.

Jenis-jenis pelajar bermasalah pembelajaran ialah:
• Pintar cerdas
• Sindrom down
• Slow learner
• Hipoaktif
• Hiperaktif
• Gangguan emosi
• Cerebral palsy
• Terencat akal
• Autistik
Malaysia melaksanakan program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran menerusi 3 cara:
1. Pendidikan inklusif
2. Percantuman di sekolah biasa bagi murid khas
3. Sekolah Khas bagi murid buta,bisu dan pekak

Murid khas mungkin mengalami masalah dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Tambahan lagi, mereka juga mempunyai motivasi yang rendah untuk belajar. Oleh kerana itu, sebagai Guru Pendidikan Khas kita kena memberi arahan yang ringkas,jelas dan mudah difahami. Selain itu, guru juga perlu peka terhadap keperluan dan keterbatasan keupayaan murid. Maklumlah murid kita adalah “special”. Oleh kerana itu, apabila murid membaca dengan perlahan atau tidak dapat menjawab soalan yang diajukan guru harus membantu murid dengan pelbagai kaedah yang inovatif dan kreatif.
Isu semasa dalam Pendidikan Khas
BANGI: Gifted children in the country can now look forward to having their learning needs addressed in the country as the Government will channel more effort to meet their educational requirements.
Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said educational programmes, which emphasised “differentiated learning”, would be created to match the gifted students’ thinking, learning and reading capabilities.
“All this while, we have had an education system for regular students and special needs students with sight and hearing disabilities or who are autistic or have Down Syndrome.
“We have forgotten that we have a group of extraordinary students who possess cognitive intelligence and IQ. This group of extraordinary students would need a learning process that is unique or what we call differentiated learning,” he said in his speech after the groundbreaking ceremony of the National Permata Pintar complex in Universiti Kebangsaan Malaysia and the launching of the Permata Pintar Negara School Holidays Camp yesterday.
Najib said there was a need to create programmes for the exceptionally gifted children as there was currently a “vacuum”.
“It is time that Malaysia has such programmes for gifted students as developed and other developing countries already possess such programmes,” he said.
He explained that for every age group, between 3% to 5% of its students could be categorised as gifted.
“We are starting with 150 students early next year and this will increase to 300 students. This is only the tip of the iceberg.
“I am confident that the Pintar school and programme for early childhood education that we launched would bring a huge change to the self-identity of Malaysians. That is why I did not hesitate in giving my approval and allocation to this progamme,” he said.
He also credited his wife Datin Seri Rosmah Mansor for taking the initiative in starting the programme.
“Where credit is due, credit should be given and it should be given to my wife.
“She holds longer meetings than my Cabinet meetings. I don’t know what they discuss in their long meetings but it just shows how passionate she is about the programme,” he said.
(uploaded from www.thestar.com.my on 07/12/2009 at 10.20 a.m)
Kesimpulannya, semua guru berpeluang menyumbang kepada kemajuan anak bangsa tidak kira samaada mereka normal ataupun “khas”. Guru umpama lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Saya bersetuju dengan perumpamaan ini. Oleh kerana itu, kepada semua bakal pendidik termasuk saya, jadilah guru yang berdedikasi, beriman dan bertanggungjawab.

Saturday, December 5, 2009

Matematik dalam Pendidikan Khas



Konsep Matematik ialah satu bahasa istimewa dan penting yang harus dipelajari oleh semua orang. Jika kita hendak menguasai bahasa bidang tersebut cara dan teknik Matematik itu harus diketahui. Sebagai Guru Pendidikan Khas kita patut sentiasa berusaha mengatasi masalah pembelajaran murid-murid yang lemah dalam pembelajaran Matematik. Kemahiran-kemahiran asas seperti nombor, operasi tambah, tolak, operasi darab dan operasi bahagi merupakan kemahiran yang patut dikuasai oleh murid. Sebelum kita memulakan sebarang rancangan untuk membantu anak didik kita, kita patut mengenalpasti tahap kemahiran Matematik murid-murid yang memerlukan kelas pembelajaran khas Matematik.

Saya akan memeriksa Rancangan Pendidikan Individu (RPI) murid terlebih dahulu untuk mengenalpasti samaada umur mental murid selaras dengan umur kronologi mereka. Pada kebiasaannya murid yang kekurangan kesediaan belajar mempunyai umur mental yang kurang daripada umur kronologi. Contohnya mungkin seorang murid yang berusia 7 tahun hanya mempunyai umur mental 4 tahun sahaja. Ini menyebabkan mereka tidak bersedia untuk pengajaran dan pembelajaran Matematik secara formal. Oleh kerana itu, kita perlu mengajar kemahiran pra-nombor seperti pengelasan objek ikut warna. Rancangan Pendidikan Individu patut dirancang dan dilaksanakan semula.

Seterusnya, kita bolehlah menguji konsep dan generalisasi murid demi mengetahui tahap pengetahuan murid. Kita bolehlah mengadakan ujian ringkas ataupun temuramah samaada dengan murid itu sendiri ataupun ibu bapa dan penjaga murid berkenaan. Kaedah ini juga memudahkan kita dalam penyediaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) yang bersesuaian dengan minat dan kebolehan murid agar tidak menyeleweng daripada objektif utama kita untuk membantu murid supaya tidak tercicir dalam matapelajaran Matematik yang agak penting ini dalam kehidupan seharian murid.

Tambahan lagi, tahap kemahiran murid dalam penguasaan Matematik boleh juga dikenalpasti sekiranya guru merujuk teori perkembangan kognitif Piaget. Seperti yang kita semua sedia maklum, terdapat 4 peringkat perkembangan: peringkat pertama- peringkat deria motor (0 – 2 tahun), peringkat kedua-peringkat pra-operasi (2 – 7 tahun), peringkat ketiga-peringkat operasi konkrit (7 – 11 tahun) dan peringkat keempat- peringkat operasi formal (11 tahun ke atas). Oleh kerana itu sebagai seorang guru yang prihatin, kita patut mengambil kira aras kefahaman murid berdasarkan perkembangan murid pada setiap peringkat tersebut bagi menentukan tahap kemahiran murid.

Ujian diagnostik digunakan untuk mengesan punca kelemahan murid tentang penguasaan murid dalam kemahiran Matematik. Berdasarkan kepada ujian diagnostik, guru dapat merancang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dengan berkesan. Antara aspek-aspek yang boleh diuji dalam ujian diagnostik ialah pengamatan, penglihatan dan pendengaran. Suatu ujian diagnostik dikatakan bermutu sekiranya ia mengandungi ciri-ciri yang tinggi daripada aspek kebolehpercayaan, kesahan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran.

Tahap kemahiran murid dalam Matematik boleh juga dikesan melalui kaedah analisis hasilkerja murid. Kelemahan murid dapat dikesan dan dianalisis melalui pemerhatian hasilkerja murid. Pada kebiasaannya masalah pembelajaran yang dapat dikesan ialah masalah visual-persepsi murid, masalah kordinasi mata-tangan dan masalah menulis serta mengecam nombor. Masalah murid yang paling mudah dikesan melalui kaedah ini ialah masalah kordinasi mata-tangan kerana biasanya murid cenderung menulis nombor secara terbalik.

Tahap kemahiran Matematik kanak-kanak juga boleh dicungkil melalui kaedah pemerhatian. Kaedah ini selaras dengan kaedah Montessori yang menekankan guru memerhatikan interaksi kanak-kanak dengan persekitaran. Contohnya, hasil pemerhatian saya selama 3 bulan di Sekolah A murid autisme suka mencari dan mengumpul objek yang mempunyai satu warna. Ini merupakan salah satu kelemahan murid yang dikenalpasti iaitu tidak dapat mengelaskan objek yang mempunyai lebih daripada satu warna dalam kemahiran pra-nombor.

Kaedah yang seterusnya untuk mengenalpasti kelemahan murid dalam Matematik ialah menerusi terapi seni. Terapi seni ialah satu jenis pemulihan menggunakan gambar yang dilukis oleh murid. Ini kerana gambar yang dilukis oleh murid adalah lebih membantu kita mengenali murid. Gambar adalah simbol unik yang membantu guru memasuki alam sedar murid. Kaedah ini boleh membantu guru mengesan masalah psikologi murid yang menghalangnya daripada maju dalam matapelajaran Matematik. Contohnya, ada seorang kanak-kanak di sekolah tertentu dilaporkan dalam akhbar Utusan apabila diperiksa buku latihannya, ada lukisan meja pada setiap helaian buku. Setelah didekati, rupa-rupanya kanak-kanak itu merupakan seorang pintar-cerdas dalam Matematik yang tidak sesuai untuk belajar dalam kelas tersebut sebaliknya dia patut diinklusifkan sekiranya berpeluang.

Tahap kemahiran murid dalam Matematik daripada segi masalah ketajaman pendengaran atau penglihatan boleh dikesan menerusi penelitian petanda, ujian diagnosis dan pengesahan doktor. Gejala murid bermasalah pendengaran ialah kurang bercakap, sebutan kabur, cepat bosan, telinga bernanah, kaku dan sama ada cakap terlalu kuat atau terlalu perlahan. Gejala murid bermasalah penglihatan pula ialah selalu tersungkur, suka gosok biji mata, suka kelip mata, tidak dapat membezakan bentuk-bantuk yang hampir sama, suka mendekatkan mata kepada bentuk yang dilihat, mengecilkan mata semasa melihat sesuatu, suka hulur kepala ke depan dan mata merah. Terdapat 5 jenis ujian diagnosis pendengaran:
i. Refleks orientasi
ii. Teknik pengalih perhatian
iii. Teknik pelaziman
iv. Gerakbalas kepada percakapan
v. Audiometer
Murid kita mungkin juga mengalami pekak terhalang disebabkan atresia, eksternal otitis, terlalu banyak tahi telinga,otitis media, lelangit rekah dan dysacusis. Ini semua akan menyebabkan proses P & P tidak dapat disampaikan secara efisien kepada murid. Guru mungkin hanya bercakap seorang sama ada dia sedar ataupun tidak. Tambahan lagi, kanak-kanak sindrom down juga berisiko mengalami pekak pengamatan yang menyebabkan mereka bodoh dan bentuk matanya sepet. Kanak-kanak yang menghidap Hurler’s Sindrom pula dilahirkan terencat akal. Bentuk badan mereka pendek, rambut kasar dan mulut ternganga. Kanak-kanak Pendred’s sindrom pula dilahirkan rencat akal dan kelenjar gondok besar manakala kanak-kanak Waardenberg Sindrom dilahirkan balar. Kulit, rambut serta semua bulu roma warna putih. Banana sindrom pula adalah sejenis sindrom di mana kanak-kanak tidak dapat mendengar sesetengah intonasi sukukata dalam sepatah perkataan. Contohnya, perkataan “MENAMPAKKAN” didengar sebagai “ME....AN”. Kesemua sindrom pekak adalah berkaitan dengan kerencatan akal akibat gen yang lemah. Masalah penglihatan murid pula dibahagikan kepada 11 iaitu rabun jauh,rabun dekat,astigmatisme, glaukoma, katarak, kencing manis, coloboma, retinitis pigmentosa,retrolensa fibroplasias,strabismus dan nystagmus. Kecacatan penglihatan ataupun pendengaran kadang-kala disalahtafsirkan oleh para guru sebagai sengaja dibuat-buat oleh murid dan ini membantutkan proses P & P. Para guru membuta tuli menuduh murid bersikap negatif dan murid pula menyalahkan guru mengabaikan mereka. Oleh kerana itu, pada masa ini pengesahan doktor perubatan merupakan kunci kepada jawapan terhadap permasalahan ini.

Kesimpulannya, Matematik merupakan salah satu daripada matapelajaran yang agak penting kepada kita semua kerana kita mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kita sama ada kita sedar ataupun tidak. Contohnya, dalam urusan jualbeli di kedai runcit. Untuk kanak-kanak khas pula sebelum kita memulakan sebarang rancangan pelajaran untuk mereka adalah wajar kita mengenalpasti tahap kemahiran murid terlebih dahulu samaada menerusi Rancnagan Pendidikan Individu, ujian, teori Piaget, analisis hasilkerja murid, pemerhatian, terapi seni dan menerusi ujian ketajaman penglihatan ataupun pendengaran. Lantaran itu, kita sebagai guru Pendidikan Khas patut sentiasa peka terhadap teknik-teknik menggunakan kemahiran tersebut demi memastikan agar kita benar-benar menjadi guru yang efisien, cekap dan amanah
.

Rujukan

Joan M Harwell & Rebecca Williams (2008). THE COMPLETE LEARNING DISABILITIES HANDBOOK. John Wiley & Sons.

Kaedah Pembelajaran Khas Matematik dalam
www.oum.edu.my (muat turun pada 13 November 2009)
Allardice, B.S., & Ginsburg, H.P. (1983). Children's psychological difficulties in mathematics. In Ginsburg, H.P. (Ed.) The development of mathematical thinking. New York: Academic Press.